iBOOKLET IBU BAPA
Sayur dan buah : sebagai sumber vitamin dan mineral yang penting untuk sistem pertahanan badan. Sebaiknya ambil 3 sajian sayur, dan 2 sajian buah setiap hari
Karbohidrat : sebagai sumber tenaga utama bagi memenuhi keperluan harian anak anda!
Sebaiknya pilih sumber karbohidrat yang tinggi dengan serat seperti roti bijirin penuh/multigrain serta oat sebagai hidangan
Menu yang telah dirancang menggunakan konsep piramid makanan Malaysia diterjemahkan dalam bentuk saiz hidangan pada pinggan sihat malaysia
Pinggan sihat adalah gambaran sebenar kuantiti makanan serta jenis makanan yang diambil
Terapkan konsep pinggan sihat malaysia bagi kesemua pengambilan hidangan utama iaitu Sarapan pagi, Makan tengah hari dan Makan Malam untuk hidangan anak anda
Makan sayur-sayuran dan buah-buahan adalah sebahagian daripada diet yang sihat untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Ceriakan seluruh keluarga dalam mencari cara kreatif untuk memasukkan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet anak anda.
Pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan menjadikannya begitu mudah dan senang untuk membantu anak-anak mengembangkan minat mereka.
MINUM air kosong sebanyak 6-8 gelas air sehari :
Kepentingan Minum air kosong iaitu:
✔Mengawal suhu badan
✔Memastikan badan kita sentiasa terhidrat/cukup air bagi menjaga kesihatan terutamanya di MUSIM COVID-19
✔Meningkatkan tahap kognitif (prestasi otak) kita
✔Melancarkan sistem pencernaan seperti mencegah masalah sembelit
✔Mencegah kerosakan gigi
✔Membuang toksin yang boleh membahayakan kesihatan buah pinggang kita
✔Mengawal masalah obesiti
✔Mengelakkan keletihan dan kelesuan