LAMAN UTAMA
AWASI KALORI
iBOOKLET IBU BAPA
SNEK
APA ITU SNEK ?
Snek ialah makanan atau minuman yang dimakan dalam sukatan kecil berbanding hidangan utama dan dimakan di antara waktu makan.
Snek diambil di antara waktu hidangan utama untuk memenuhi keperluan kalori/tenaga seharian kita
Snek boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu SNEK yang sihat dan SNEK tidak Sihat
SNEK SIHAT adalah makanan atau minuman yang rendah kandungan gula, garam dan lemak
SNEK TIDAK SIHAT adalah makanan atau minuman yang TINGGI kandungan gula, garam dan Lemak.
Beri anak anda snek yang sihat
JOM Semak Panel Maklumat Pemakanan
Apabila membeli produk makanan, membaca dan memahami label boleh membantu anda membuat keputusan tentang pemakanan dengan lebih baik.
Semak kandungan tenaga, gula, lemak dan garam dalam makanan dan minuman yang dibeli
Pilih makanan dan minuman yang lebih sihat berpandukan label makanan yang disediakan
Buat perbandingan berdasarkan 100 ml (100g)
Pertimbangkan ke semua nilai nutrien dan tenaga bukan fokus pada satu sahaja nutrient
Pastikan makanan dan minuman yang dibeli mempunyai nilai gula, lemak dan garam yang rendah
Pilih produk yang tinggi serat, protein, serta vitamin dan mineral
Libatkan bersama anak anda dan tarik minat mereka untuk memilih sendiri berdasarkan nutrient yang lebih sihat
Contoh Panel Maklumat Pemakanan bagi Produk susu