AKTIVITI FIZIKAL

iBOOKLET IBU BAPA

DEFINISI AKTIVITI FIZIKAL DAN SENAMAN

Apa Itu Aktiviti Fizikal?

  • Sebarang pergerakan badan yang dihasilkan oleh otot rangka menggunakan tenaga (WHO Guideline 2020, NCCFN MOH, 2010)
  • Ini termasuk pergerakan badan seperti duduk, bangun berjalan, melompat, berlari dan lain-lain aktiviti rekreasi

Apa itu Senaman?

  • Satu bentuk AKTIVITI FIZIKAL atau riadah yang dilakukan dalam jangka masa tertentu, berulangkali untuk tujuan meningkatkan kecergasan dan kesihatan

Berapa banyak Aktiviti Fizikal diperlukan oleh anak anda?

✔Kanak-kanak dan remaja umur 5-17 tahun

perlu melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 60 minit setiap hari

✔Melibatkan intensiti sederhana ke tinggi seperti senamrobik dan bersukan

Aktiviti regangan untuk kekuatan otot perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu

AKTIVITI FIZIKAL

Tips menggalakkan anak anda supaya lebih aktif?

  • Sentiasa ingat melakukan aktiviti fizikal walaupun sedikit lebih baik daripada langsung tidak melakukannya
  • Sentiasa memberi galakan , turut serta bersama anak anda semasa melakukan aktiviti fizikal
  • Beri sokongan terhadap aktiviti yang anak anda gemari
  • Libatkan anak anda bersama dalam sebarang kerja rumah yang anda lakukan seperti seperi mengemas rumah, mop lantai dan sebagainya
  • Ikut kemampuan anak anda: jika anak anda bukan seorang yang aktif lakukan aktiviti fizikal dalam tempoh masa/frekuensi yang singkat dahulu 10-15 minit kemudian tingkatkan secara berperingkat
  • Sediakan persekitaran dan keperluan yang bersesuaian mengikut aktiviti yang dilakukan
  • Beri galakkan untuk anak anda lebih aktif di sekolah dan di rumah
  • Jadilah seorang model yang baik, jika anda aktif pasti anak anda juga akan melakukannya!

Bagaimana ibu bapa boleh memastikan anak-anak mendapat tidur yang cukup dan berkualiti

Mengamalkan masa tidur  yang tetap setiap hari untuk tidur sama ada hari bersekolah atau hari cuti

Jangan melayari skrin/game/hp/tablet atau sebarang media sejam sebelum tidur. Ini akan mengganggu waktu tidur anak anda!

Sediakan persekitaran yang aman dan selesa untuk tidur tanpa gangguan peralatan elektronik