NUTRI INFO

iBOOKLET GURU

Bagaimana?

Cara untuk mewujudkan persekitaran sihat di sekolah

  • Wujudkan Sudut Pemakanan Sihat di sekolah dengan memaparkan info-info berkaitan makanan sihat dan aktiviti fizikal “Nutri Guide”
  • Memaparkan Poster Makanan Sihat dan Tidak Sihat di Kantin Sekolah dan melakukan pemantauan berkala pematuhan penjualan di kantin “Nutri Guide”
  • Mengadakan kempen Makan buah & Sayur Jadikan buah dan sayur sebagai hadiah dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan di sekolah
  • Perlaksanaan Aktiviti berkebun Sayur di dalam kawasan Sekolah
  • Sediakan Air Kosong bagi kemudahan Murid dan Guru
  • Perkongsian Tips dan Maklumat Pemakanan Semasa Perhimpunan Pagi melalui “5 min Info”
  • Perlaksanaan Program Hidangan Sihat di sekolah (Hits) “Nutri Guide”
  • Kempen Minum Susu Serta galakkan Penjualan susu di kantin sekolah
  • Memastikan tidak ada penjualan makanan yang dilarang/tidak sihat di kantin sekolah mahupun semasa sambutan aktiviti di sekolah
  • Menyediakan kemudahan bersukan dan menggalakkan murid melakukan aktiviti fizikal

Sudut Informasi Pemakanan Di Sekolah

Sudut BMI

Sudut Makan Secara Sihat

Sudut Aktiviti Fizikal + Sedentari

Sudut Infografik

Strategi Pelaksanaan

Mewujudkan kesedaran murid terhadap kepentingan mengawal pemakanan dan berat badan yang seimbang

Guru boleh mewujudkan sudut BMI Bersama dengan ahli kelab Doktor Muda

Murid kelab Doktor Muda boleh melakukan pemeriksaan berkala status BMI murid

Murid boleh mengintepretasi status berat badan

Info Sudut Pemakanan Sihat

12 TIPS PERKONGSIAN MAKLUMAT MAKANAN

“5 MIN INFO”

Objektif

Untuk memastikan pendidikan pemakanan berterusan di sekolah melalui  Persekitaran Sihat Sekolah

Cadangan Pelaksanaan

Teks dibacakan oleh Murid-murid Semasa Perhimpunan pagi

Boleh dijadikan paparan info pada sudut info sihat sekolah

Boleh dijadikan Mesej Pemakanan melalui pendidikan secara dalam talian